KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melahirkan rasa kesal terhadap laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) berhubung Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara pemimpin parti-parti dalam kerajaan.
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja kerana mendakwa perjanjian yang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan sebagai satu 'pakatan jahat.'
"Kita kena ingat Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"PAS dalam kerajaan sebelum ini pun pernah tunjuk sikap derhaka kepada Tuanku... jadi saya lihat memang Pemuda PN ini saya rasa terbawa-bawa dengan amalan dari dulu," katanya kepada Bernama pada Program Jom Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022 di Kompleks Sukan Ecopark, Pantai Dalam di sini malam tadi.
Ketua Penerangan PKR itu juga berkata Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bukanlah untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan sebaliknya bagi menjamin kestabilan, menyelesaikan masalah rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
"Dari awal Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menghulurkan salam persahabatan menjemput PN bersama-sama dalam (membentuk) kerajaan, memandangkan mereka masih enggan maka berkhidmatlah sebagai pembangkang dan setia kepada Tuanku.
"Saya rasa mereka perlu nilai balik perkara ini, hentikanlah menanam bibit-bibit pertikaian dan janganlah biadap," katanya.
Terdahulu, dilaporkan Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari membuat laporan polis berkenaan 'pakatan jahat' antara pemimpin parti-parti pemerintah berkaitan Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang didakwa merosak dan memudaratkan demokrasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
Ahmad Fahmi (kanan) bersama orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar antara pasukan Perancis dan Argentina pada Program Jom Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Kompleks Sukan Ecopark. -Bernama
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Berita terkini berhubung kejadian jam 2.45 pagi tadi di mana dua anggota polis maut diserang suspek yang dipercayai anggota JI.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.